Posts

Showing posts from 2021

Semenanjung di Sabah Episode 3

Image
 Assalamualaikum  Again , Fathiah muncul untuk bercerita lagi.Kali ni , Fathiah bawa kawan kawan mengembara ke Tanjung Likas.Teluk Lepat atau Tanjung Likas ni berada di persisiran bandar Kota Kinabalu.Jalan dia betul betul persisiran pantai.Kalau bawa kereta buka tingkap boleh layan angin sepoi sepoi bahasa.Kalau drive waktu malam pula boleh tengok betapa cantiknya view di sini. Dekat Tanjung Likas ni ada  1) Taman Awam Teluk Likas  Sini boleh bersukan, jogging, santai petang, berkelah di pantai , nak camping pon boleh.Ada taman permainan , ada tempat makan yang asalnya peniaga ni dari Tanjung Aru .Dewan  Bandaraya Kota Kinabalu pindahkan mereka ke Teluk Likas.Dulu sini ada basikal berlampu, sekarang Fathiah tak tahu sama ada masih ada atau tak. Boleh memancing juga , tepi pantai sambil layan angin laut. Satu ketenangan yang mendamaikan.  2)  Masjid Terapung Teluk Likas Masjid ini tumpuan pelancong korea, cina dan other countries.Sini ada juru bahasa ...

SEMENANJUNG DI SABAH episode 2

Image
 EPISODE 2 😆 Assalamualaikum semua selamat petang... welcome back .. hari ni Fathiah akan share cerita di Kota Kinabalu .Tidak semua tempat fathiah sempat bercerita untuk episode kali ni.Fathiah cuma fokus pada Universiti Malaysia Sabah terlebih dahulu. As usual , Fathiah akan share map UMS .Senang kome nak study tempat.Lepas tu tak kena set GPS...kasi langgar semua.Hahahahaha... Gurau je na.... Ums ni dekat dengan 1B shopping mall.Sinilah budak Ums banyak menyewa selain area kingfisher dan Alam mesra. Sebelum Imago siap di bina , orang KK banyak lepak di 1B. Strategik UMS ni dia terletak dekat dengan Hospital Likas, yakni Hospital wanita dan kanak -kanak dan berhampiran dengan pusat pentadbiran kerajaan. Back to story  Dalam UMS , korang boleh melawat  💓 masjid UMS .Dekat ngan fakulti kejuruteraan .(dulu time datang sini, ramai pelancong korea dan cina). 💓 Aquaria UMS (dia macam aquaria KLCC) tapi ni adik dia.Dua kali fathiah ke sini , sebelum renovate dan selepas r...

SEMENANJUNG DI SABAH

Image
    😆EPISODE Satu   Hi…salam perkenalan dari Fathiah. Hari ni rasa nak bercerita mengenai perjalanan kisah di Negeri Sabah yakni di kota Kinabalu selama 3 tahun bermaustautin di sana.Kalau ada apa apa soalan nak tanya , boleh tinggalkan di ruang soalan.Sempat in shaa Allah Fathiah akan jawab. Pada Mei 2017 , abi Fateh kena transfer ke kota Kinabalu.Ada orang tak nak kan transfer jauh , tapi time tu tak de anak lagi, kami ok je..duduk sana banyak tempat menarik yang boleh kita jalan jalan.Alang alang jimat banyak . So, dalam blog ni Fathiah akan share tempat yang menarik untuk korang yang duduk semenanjung tapi plan nak jalan di Sabah.Bolehlah pilih mana tempat best, mana yang perlu hold dulu.Apapun seminggu tak cukup kalau korang nak jalan betul betul sebab kami 3 tahun pon masih banyak daerah yang nak masuk dan jalan. Untuk cot cet Fathiah yang pertama ni , Fathiah akan share mengenai "Kota Kinabalu" dululah.Sini pon terlalu banyak tempat menarik sampai nak jalan sehari...