SEMENANJUNG DI SABAH
😆EPISODE Satu
Hi…salam perkenalan dari Fathiah.
Hari ni rasa nak bercerita mengenai perjalanan kisah di Negeri Sabah yakni di kota Kinabalu selama 3 tahun bermaustautin di sana.Kalau ada apa apa soalan nak tanya , boleh tinggalkan di ruang soalan.Sempat in shaa Allah Fathiah akan jawab.
Pada Mei 2017 , abi Fateh kena transfer ke kota Kinabalu.Ada orang tak nak kan transfer jauh , tapi time tu tak de anak lagi, kami ok je..duduk sana banyak tempat menarik yang boleh kita jalan jalan.Alang alang jimat banyak .
So, dalam blog ni Fathiah akan share tempat yang menarik untuk korang yang duduk semenanjung tapi plan nak jalan di Sabah.Bolehlah pilih mana tempat best, mana yang perlu hold dulu.Apapun seminggu tak cukup kalau korang nak jalan betul betul sebab kami 3 tahun pon masih banyak daerah yang nak masuk dan jalan.
Untuk cot cet Fathiah yang pertama ni , Fathiah akan share mengenai "Kota Kinabalu" dululah.Sini pon terlalu banyak tempat menarik sampai nak jalan sehari tak habis. Duduk sini 3 tahun , Fathiah dah kenal selok belok Kota Kinabalu.Abi Fateh cakap jalan short cut semua dah hafal ..heeeee 😋😊
I suka jalan
Sebelum nak jalan Kota Kinabalu , kome kena tahu KK ni duduk tang mana...apa jiran daerah mereka.Nak senang untuk korang, Fathiah share peta untuk korang nampak lebih jelas ya.....
![]() |
peta kota kinabalu |
Kota kinabalu ni kawasan dia sangat luas...hujung dia Sepanggar. Dekat sepanggar ada pangkalan TLDM Kota Kinabalu.Ada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia juga di sana.Mereka ni ditugaskan menjaga boarder sabah dengan Filipina.Likas ni pulak orang KK kata “ini kawasan putrajaya sabah”.Sini bangunan kerajaan banyak.Di sini juga ada port best untuk kami lepak.Nanti Fathiah cerita ya....
Tanjung Aru sah sah kome tahu...sini ada airport dan juga pantai yang cantik.Tapi pantai paling cantik ada di dalam Universiti Malaysia Sabah 😊.Kalau pulau tak nak touch sebab pulau gaya , pulau manukan pon cantik.Cuma dalam 3 tahun tu kami tak pernah jejak kaki ke sana.Reason???? Kami tak suka panas..kikikiikikiki.. Tak adalah.Fathiah tak sempt nak jalan sebab ada anak kecik.Jadi terpaksa hold.Hold punya hold dah terbang balik semennjung dah.........heeemmmmmmmmmmm ( sedih ) di situ. Tak pelah back to story. Lepas dah study map, ala ala geografi punya kelas kan...Fathiah akan list tempat best yang ada di Kota Kinabalu dulu. Bermula dari Sepanggar sampailah ke Tanjung Aru. Tak nak tulis dalam slot yang ni.. Fathiah tulis dalam slot lain Sebelum tu Fathiah list dulu apa port best di Kota Kinabalu.Kita fokus pada tempat dulu.Nanti ada masa Fathiah share tempat makan yang sedap pula ya. 1. Pantai Universiti Malaysia Sabah 2.Masjid Universiti Malaysia Sabah 3. Aquria Universiti Malaysia Sabah 4.Masjid Terapung Tanjung Lipat/Teluk Likas 5.Taman reakreasi Teluk Likas 6.Putrajaya Sabah-tun mustapha 7. Sabah Conventional -yang ni baru siap dah boleh masuk 8.Komplek Sukan Likas 9.Suria shopping 10.Imago shopping 11.Dataran Merdeka Sabah 12. Signal Hill-kalau kesempatan boleh ke istana Yang di-Pertua Sabah .Kami sampai depan pintu tapi u turn balik.hahahahahah. 13.bulatan todak - yang ni layan view laut waktu malam, seronok. banyak lagilah...nnti FATHIAH tulis semua..In shaa Allah |
Comments
Post a Comment