SEMENANJUNG DI SABAH episode 2
EPISODE 2 😆
Assalamualaikum semua
selamat petang...
welcome back ..
hari ni Fathiah akan share cerita di Kota Kinabalu .Tidak semua tempat fathiah sempat bercerita untuk episode kali ni.Fathiah cuma fokus pada Universiti Malaysia Sabah terlebih dahulu.
As usual , Fathiah akan share map UMS .Senang kome nak study tempat.Lepas tu tak kena set GPS...kasi langgar semua.Hahahahaha...
Gurau je na....
Ums ni dekat dengan 1B shopping mall.Sinilah budak Ums banyak menyewa selain area kingfisher dan Alam mesra. Sebelum Imago siap di bina , orang KK banyak lepak di 1B.
Strategik UMS ni dia terletak dekat dengan Hospital Likas, yakni Hospital wanita dan kanak -kanak dan berhampiran dengan pusat pentadbiran kerajaan.
Back to story
Dalam UMS , korang boleh melawat
💓masjid UMS .Dekat ngan fakulti kejuruteraan .(dulu time datang sini, ramai pelancong korea dan cina).
💓Aquaria UMS (dia macam aquaria KLCC) tapi ni adik dia.Dua kali fathiah ke sini , sebelum renovate dan selepas renovate.Aquaria ni bawah fakulti marin .
💓Pantai UMS. Access road dia tak de, tak tahulah after pkp ni macam na.Last pergi tahun 2020 before balik semula semenanjung.Sini sangat best.Air laut dia biru.Memang sini port lepak kami sekeluarga.
💓Sekitar UMS.Sebenarnya Fathiah plan nak sambung master in engineering dan physiology tapi anak masih kecik lagi waktu tu .Maka balik semenanjunglah sambung balik.
nilah first gambar kami di ums.Entah apa punya mood pi padang kawad orang.Mungkin nak mengimbau saat uitm dulu kot.
hihihih
ni pulak pantai yang duduk dalam UMS.sangat cantik..bersih.mula datang sini , tak de lagi buai, kuda boleh ride, ada port memanah..camping site(yang ni kelulusan ums ya).
seronoknya sini pelancong tak tahu.Kalau nak pergi boleh, kome kena isi borang di pintu depan ums.Macam kami ni orang tempatan(ceewah) bajet orang sabah muka semenanjung , kami dah kenal pak guard.Kasi angkat tangan , lepas suda....
ni view belah kanan pantai.sangat cantik...
sekarang lagi cantik kot.
Ini masjid UMS.Bersebelahan fakulti engineering.Dari round about tu ambik jam 3.Maksud dia ke kanan ..nanti akan ada fakulti kejuruteraan di sebelah kanan kalian, naik sikit , ada simpang.Tak silap dia tulis jalan masjid.Masuk ikut situ dan jumpalah masjid ums.Sangat cantik.Selalunya, pelancong cina ramai yang melawat sini.Sedikit tak gemar , saat mereka guna tandas masjid.Rasa nak kena cuci semua tandas baru boleh guna.Asbab kebersihan, fathiah gemar solat di Masjid terapung Likas.
Dalam Ums ada aquaria..Dekat dengan fakulti marin.Dua kali bawa anak anak jalan sini.Harga masuk fathiah dah lupa lah..kalau korang nak jalan sini , kena check dekat laman web aquaria ums .Bila dia buka , pukul beraapa tutup.Waktu ni plan nak pi mandi manda dekat pantai, sekali anak anak menjerit buka, maka kami stop tengok ikan dulu.
si kecik paling excited tengok fish.
rasanya yang ni sebelum renovation.Aduhai lupa suda...
nilah view pantai ums .Kecik lagi bawa Fateh main pasir untuk motor sensory.Fateh jumpa pasir like Fateh nampak nasi.Ha, dia makan pasir tu...
anak ooo anak
nampak air laut dia...sangatlah jernih .sampai nampak biru dasar laut....
sekarang lagi bersih kot sebab tak de orang.
raya korang melawat family kan.Kami raya di perantaun , jauh di sabah.Maka kami beraya di pantai...
pintu depan aquaria ums.
tanda kami pernah datang sini.hahahahaha
si kecik ni dari baby sampai boleh berjalan..Fathiah akan bawa dia ke sini.Biar dia bebas.Jatuh pon atas pasir..
panas pon bergambar.Subhanallah rindunya sabah.
Jarang orang semenanjung datang sini kecuali geng navy di sepanggar.Waktu datang sini , kami merindui nak bercakap dengan orang semenanjung ( walhal fathiah pon cakap sabah).hahhahahaha
last bersembang dengan pelancong cina.
pulau depan ni boleh access melalui ums ..katanya pulau sepanggar.(mohon confrimkan balik)
kami tak sampai.Nak angkut anak kecik..hohohoho..tak semena dia terjun laut.
Nak ke pulau sepanggar ada feri from jeti ni.Cara dia kome kena cari sendiri sebab fathiah tak tahu.Ada orang cakap melalui agent.
one more, sini polis jaga..entrace nak ke pantai ums di tutup pukul 6 petang.tapi kami bertapa sampai maghrib..sana maghrib jam 6.30 .Kan Fathiah kata Fathiah ni orang tempatan.hihihihihi tempatan celup.
ok , kawan kawan.Rasanya cukuplah kot Fathiah share gambar sekitar ums buat kalian.Sebenarnya banyak lagi.Tapi tak best kalau korang sendiri tak explore.Area cancellor tu boleh ambik gambar.Tangga dia , dia cat cantik sangat.Fathiah pon sempat snap, simpan sebagai kenangan.
Next episode , Fathiah akan share area TELUK LIKAS pula.Dekat sana ada pantai teluk likas, Masjid Terapung , Bangunan Tun Mustapha dan banyak lagi.
don't missed my story ok :)
Comments
Post a Comment