PENGALAMAN TEMUDUGA JKR J 41
Pengalaman Interview Gred J41 JKR/KKR
Selepas setahun lebih barulah sempat untuk Fathiah siapkan blog
untuk IV JKR tempoh hari.Mohon maaf, asbab kekangan kerja .Hujung tahun ni
barulah sempat nak meluahkan idea dan ingat semua pengalaman interview JKR yang
lepas .
Kalau dulu interview JPS J41 dengan dua orang panel , untuk
JKR pon masih 2 orang . 1 panel spa dan 1 panel jkr.Panel SPA interview Fathiah
, YBrs. Dr. Mohamad Zainuddi bin Mat Taib.Panel
JKR Fathiah tak ingat yang pasti gred dia J48. ( Nama dah terluperrrrr)
hehehehhe
Selepas mendaftar , Fathiah naik level 12 kalau tak
silap ( bangunan SPA yang baru di Putrajaya) Parcel F .Ternyata dah ramai calon
yang sedang menunggu. Waktu yang ada Fathiah manfaatkan dengan mengkaji lebih
detail nota-nota kecil yang Fathiah buat sebelum persiapan interview.
Jika diikutkan waktu untuk interview dalam pukul 10.30 pagi
, tetapi Fathiah di panggil pada pukul 11.15 pagi. Agak lama jugaklah menunggu
di luar dan berulang alik ke tandas.( hehehehe bukan gugup ok , dok check baju
ok ke tak.Risau jugak waktu tu sebab lama , tambah pulak makan , minum )
Sebelum masuk tu cuba tanya urus setia sape yang dia akan
interview kita ..Tapi waktu ni ,
ternyata urus setia tak nak beritahu .Nama lagi engineerkan ..kita buat plot
twist.Nanti masuk , tanyalah nama panel , dengan siapa kita sedang bercakap. Ha gituwwwww..this is profesional ok.Tak pon , time tu dah study kan , ingat balik time study tu ada tak nama yang seakan sama.Kalau ada ingat pangkat dia sekali.Kalau tak ingat , panggil tuan pon dah nice dah :)
Ketuk pintu , bagi salam
SENYUM
JANGAN DUDUK KALAU TAK SURUH
Untuk JKR soalan panel lebih kearah teknikal .Jadi Fathiah
akan terus listkan soalan yang ditanya.Skip yang kebiasan , contoh perkenalkan
diri…
Tapi kena tahu method interview ya..ada method masuk , sembang2x
, happy selesai
Ada methode provoke , mean that dia macam korang nak berdebat.Ha
gituwlah ..yang ni korang jangan mudah down pulak atau high peach , just chill
happy santai-santai , in shaa ALLAH success.
Ada methode dia nak tak nak layan.Yang ni pon jangan ambik
hati sangat, kawal keadaan , buat suasana menyeronokkan dan enjoy .
Kenapa Fathiah beritahu sebab Fathiah dah merasai kepelbagaian
jenis interview.This one , JKR amatlah kuat sebab dia jenis “PROVOKE”.
Provoke pon alhamdulillah , Fathiah pass with flaying
colour, Cuma menolak sebab dah lapor diri JPS DAN JPS DIHATI 😊
Apakah soalan teknikal yang dia tanya
- 1 Senaraikan jalan -jalan yang ada di Malaysia.
- 2. Nyatakan beza jalan dikawal selia JKR dan Jalan under Majlis – yang ini korang kena alert sebab kebanyakan korang tak tahu nak beza.Tengok batu tepi jalan tu.( mohon google dan belajar ya)
- 3. Takat suhu bitumen yang dibenarkan sebelum lay on the surface? Kalau dah terkurang apa perlu buat pada bitumen tu ? boleh guna lagi atau buang saja?
- 4. Perlu bayar tak pada kontraktor kalau bitumen tu dah tak boleh guna??????
- 5. Standard jalan yang kita guna sekarang untuk highway berapa lebar , berapa curb , berapa lane?
- 6. Untuk pembinaan hospital baru , apa yang perlu dititik beratkan dulu?
- 7. Untuk pembinaan sekolah baru , macam mana keperluan untuk pembinaan sekolah baru di suatu penempatan yang lama ?Berapa kapisiti / populasi penduduk yang dibenarkan untuk pembinaan sekolah baru?
- 8. Untuk pembinaan sekolah , JKR guna method apa sekarang , precast concrete mean that IBS atau sebaliknya.
Ada soalan dalam Bahasa inggeris , jadi kalian kena faham
sendiri , terus bercakap dalam Bahasa inggeris ya…
9.
Which country that you should follow? reason….(why)
10.
Do you
know what is slope protection? Please state to me three examples of slope protection and which one is the best and WHY ?
Maka berakhirlah sudah sesi interview selama 1 jam lebih
.Sejujurnya soalan dia buat otak Fathiah sentiasa ligat membelek2x lapisan otak
agar jawapan sentiasa ada dan tahu nak jawab.
Dan kapisiti mencari tu lebih laju dari google..
Kalau diingat balik, entah lagi mana ingatakan dating untuk
jawab semua soalan tu tanpa fail , meskipon ada part rasa nak melukis.
Fathiah doakan yang terbaik buat kalian.
Apa yang penting teruskan berdoa , jangan gugup dan sentiasa
tenang.
Kalian adalah orang yang hebat
Terima kasih kerana sudi membaca.
port selfie ni sampai sekarang melekat ...asal masuk lift pergi mana -mana kementerian wajib selfie.
ku menunggu dengan penuh kesabaran, seorang sejam lebih...time ni baru candidate no 2 tau kena panggil , kita yang no 4..bersob sob di luar.Rasa nak turun balik pergi cafe makan makan dulu.
AFTER DAPAT RESULT BERJAYA
RESULT KELUAR BETUL2X DATE NAK BALIK KAMPUNG , NAIK FLIGHT WAKTU TU DALAM DALAM KAPAL TERBANG , PRAMUGARI DAH CAKAP SILA TUKARKAN MOOD PHONE , MOOD PENERBANG , WAKTU TU RESULT TENGAH LOADING...
GIGIH TUNGGU TAK TUTUP DATA SEHINGGA KEPUTUSAN TU TULIS BERJAYA
FATHIAH SAMPAI SUJUD SYUKUR , PELUK HUSBAND DENGAN ANAK.
ALHAMDULILLAH DUA INTERVIEW J41 UNTUK JPS DAN JKR
FATHIAH BERJAYA LEPAS !!!!
SEMUANYA DOA SEORANG IBU BUAT ANAKNYA
FATHIAH TAHU , MUMMY FATHIAH TAK HABIS2X SOLAT SUNAT SAAT FATHIAH INTERVIEW NAK HATI FATHIAH LAPANG.
TAK LUPA ABAH FATHIAH
THE CONFIDENT ABAH YANG CAKAP APA TAU
"ALONG MANA PERNAH GAGAL DALAM INTERVIEW ."
BETUL ABAH , ALONG TAK PERNAH GAGAL UNTUK MANA MANA INTERVIEW. ALHAMDULILLAH
FOR MY HUSBAND , THANK U SUDI AMBIK CUTI UNTUK JPS N JKR , HAKIKAT JKR NI DAH MALAS NAK STUDY TAPI NAK MENJAWAB TOHMAHAN MANUSIA KATANYA FATHIAH MASUK JPS SEBAB KABEL SUAMI ..MAKA JKR FATHIAH BUAT YANG TERBAIK.
LEPAS TU NAK CAKAP APA? MASUK JKR GUNA KABEL?KABEL APAKAH ITU???
LETAK ALLAH IS NUMBER ONE .SAYA MASUK ASBAB SAYA LAYAK .DAN ALLAH LETAK PERJALANAN INI DARI AWAL LAGI.CUMA PERJALANAN SAYA PENUH BERLIKU , SAYA GAGAL BERKALI-KALI .BARULAH DOA SAYA ALLAH KABULKAN.TAK BAIK CAKAP MACAM TU.
KITA TAK TAHU BAGAIMANA KERJA KERAS DIA UNTUK MENDAPATKAN SESUATU .
LAST BUT NOT LEAST
TERIMA KASIH UNTUK ANAKANDA KU FATEH
INSAN YANG SENTIASA ADA UNTUK UMMI DIA..DIA YANG MENYAKSIKAN BERAPA BANYAK AIRMATA NI MENGALIR SANGAT EXAM PSEE GAGAL BERKALI-KALI...TAPI MASIH BANGKIT ASBAB DIA JUGA.
AS ABAH PERNAH TANYA
APA YANG KAMU NAK BERITAHU FATEH , UNTUK FATEH NAK BANGGA DENGAN KAMU?
KAMU BUKAN SEOARANG YANG GAGAL TAPI KAMU SEORANG YANG HEBAT.TUNJUKKAN KEPADA FATEH YANG UMMI DIA SEORANG YANG HEBAT.ANAK ABAH SEORANG YANG HEBAT.
DAN KALIAN YANG MEMBACA BLOG INI ADALAH YANG HEBAT... :) JANGAN MUDAH MENGALAH ..TERUSKAN MELANGKAH
TERIMA KASIH
Comments
Post a Comment