TIP UNTUK BERJAYA PSIKOMETRIK EXAM SPA
EPISODE 3
Entry kali ni ramai yang tunggu kan macam mana nak pass exam psikometrik.
3 kali Fathiah attend exam ni , ke tiga tiga exam , Fathiah berjaya.
Yakni exam JKR , JPS dan KKM
Baiklah ...kita suai kenal dulu dengan nama PSIKOMETRIK .
- Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
- Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya. Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
- Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.
sumber :dari laman web spa
ok ..clearkan.Psikometrik ni dia adalah exam untuk menilai kalian.Kalian layak ke tak dengan jawatan ni. Jadi soalan dia pon lebih ke arah kecenderungan tingkah laku .
- Sama juga seperti penilaian temu duga, kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini bergantung kepada kejujuran seseorang individu melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanyakan, di mana aspek kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.
- Oleh kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan itu adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temu duga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temu duga, contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temu duga adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.
APA SKOP SOALAN YANG DI TANYA DALAM PSIKOMETRIK?
Dalam 199 soalan , kebanyakan soalan yang di tanya berulang -ulang cuma bahasa di ubah namun maksudnya tetap sama.
1.semangat cintakan negara
2. persekitaran
3. sifat kepimpinan
4. sikap bersama kawan
5. sifat sabar
6. sikap dengan jiran tetangga
7. sikap sebagai ketua
banyak lagi skop yang di tanya..
Jadi kunci nak pass soalan ni MUDAH. jawab dengan JUJUR dan konsisten.
Baik , Fathiah bagi contoh
contoh 1
seseorang di lucutkan hak kewarnegaraan , namun atas asbab kepakaran , dia layak di ambil bekerja.( SEMANGAT CINTAKAN NEGARA)
jawapan dia : sangat tidak setuju
khidmat negara harus di teruskan untuk remaja 21 tahun ke atas.
jawapan : sangat setuju
nampak dua soalan..soalan ni sebenarnya saling hubung kait.Janganlah jawab yang atas tu sangat tidak setuju
bawah tu pulak setuju
maksudnya jawapan kita tak konsisten .
contoh 2
saya akan berbual dahulu dengan orang yang tidak saya kenal
SANGAT KERAP
dalam persahabatan sesiapa saja boleh rapat dengan saya
SANGAT SETUJU
dua contoh di atas mengenai "kawan" atau "kenalan".
Kalau kita jenis friendly , memang sah sah , kita akan berkawan dengan semua orangkan.Jadi jawapan yang kena pilih akan sama!!
Jangan dia macam angin pulak..ikut mood.
Jadi sini dah boleh menilai kita ni jenis yang macam mana...
Contoh 3 - Punctual
"saya ikut jadual yang saya tetapkan "
sangat kerap
"Saya tidak boleh memaafkan seseorang yang tidak menepati waktu temujanji kerana lambat "
Tidak setuju
( Fathiah buat conclusion ni dulu , Fathiah seorang yang punctual , tetapi ada waktu kalau client Fathiah lambat , Fathiah boleh terima. Sebab duduk bandar , kita tak boleh predict flow kenderaan atas jalan.Jadi soalan jenis macam ni dah dapat menilai diri anda yang macam mana...)
Itu sebab fathiah terangkan psikometrik ni kena jujur..Jujur dengan diri sendiri.
Nak lagi contoh??
Ha , soalan famous dalam psikometrik..soalan yang jenis berkias
misalnya
soal goreng pisang
penjual tidak menjual goreng pisang tetapi pelanggan menyuruhnya menggoreng pisang untuknya.
soalan jenis macam ni kena faham apa mesej yang dia nak sampaikan.
Baru boleh jawab.
Maksudnya kamu tak buat skop kerja tu ( sebab luar bidang kamu) tetapi ada orang suruh.
Perlu buat atau tak??TAK PERLU Lah kan.Ha itulah yang dia maksudkan.
Sangat tidak setuju
sama juga soalan jenis macam ni
"Ulat dalam batu pon boleh hidup "
tip dia faham soalan ..
bayangkan ulat dok dalam batu ..dia boleh hidupkan.ada makanan kan?
maksudnya rezeki tu ada di mana mana .Setuju tak dengan statement ni?
kalau Fathiah , Fathiah setuju.
So Fathiah jawab SANGAT SETUJU.
Nak lagi contoh ?
"Konsep air yang di tenang jangan di sangka tiada buaya "
maksudnya : jangan kita fikir dalam kerjaya kita , tak de ujian di sebalik tu...
jadi statement ni ikut pendapat kalian.kalau Fathiah , Fathiah jawab
"SETUJU "
Clear kan untuk contoh-contoh di atas?
Jadi soalan dia direct je..Tak de kiasan yang bahasa tinggi sampai kalian kena google..
Baca betul betul .Faham!!
Kalau tak faham , terus fikir situasi untuk soalan tu.
soalan 1 hingga 184 ada 5 pilihan jawapan.
Boleh tak nak jawab KADANG KADANG?
Fathiah ada jawab kadang -kadang
Dia berdasarkan situasi .
contoh 1
Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata
Jawapan : kadang-kadang
Fathiah jenis yang friendly , suka bercakap, jadi kalau suruh dengar ni , sedikit jarang sebenarnya.Tapi kalau dalam meeting , orang tengah bercakap , takkan nak menyembang kan?? ha , jadi Fathiah akan mendengar .Itulah yang kadang-kadang di pilihnya.
contoh 2
Saya berasa terganggu apabila orang menggangu kerja saya
Jawapan : kadang kadang
Fathiah dah biasa buat kerja dengan anak , work from home with my son . Kadang kadang je rasa terganggu..selebihnya boleh je buat kerja.
Jadi jawapan ni depend pada kalian .Ada orang dia tak boleh.Nak kena fokus.
Mak mak duduk rumah , normal dah ada gangguan.Jadi tak biasa kata orang.
Soalan 185 sampai 199
ada dua pilihan jawapan sahaja
iaitu YA atau TIDAK
SAYA TIDAK SESEKALI BERBOHONG
sah-sah kalian jawab tidak bukan.Mana ada orang tak berbohong.Tapi soalan yang kita jawab 1-184 tu sah sah pihak SPA dah kenal kita macam mana..Kalau kita seorang yang jujur , mengaku kesilapan , kenapa kita nak berbohong pulak kan?
jadi soalan bawah ni penanda aras untuk kalian lepas atau tidak
jawapan Fathiah jawab di atas
YA
Fathiah tak menipu . sebab : kalau fathiah menipu maksudnya soalan yang Fathiah jawab semua tipu .
KADANG KALA SAYA AKAN MARAH KALAU TIDAK SIHAT
yang ni Fathiah jawab YA
kalau sakit gigi , gigi dok berdenyut nak pecah kepala..bising sikit pon kita dah marah kan?betul tak?
selesema , demam ..boleh nak kerja tak?Tak boleh ..sebab tu dapat mc suruh rehat.
Badan yang tidak sihat , emosi kita tak stabil.Jadi rasional otak kita berkurang ..tu yang boleh marah orang.
Clear kan
soalan famous
ADA MASANYA SAYA SUKA MENGUMPAT
hihihihi , ya atau tidak?
sah sah semua pernah mengumpat.FULL STOP
Selesai part pertama ..
soalan yang selalu Fathiah dengar dan dapat .
"Saya dah jawab jujur dah ..kenapa tak lepas???"
sebenarnya , pihak spa dah siapkan kriteria penjawatan tu .Meskipon kalian jawab jujur , kalau tak penuhi kriteria yang mereka nak , Kalian tak akan boleh lepas.
Misalnya gred 41 untuk jurutera awam
kriteria yang dia nak seorang yang ada nilai ketua , boleh berkomunikasi dengan baik , boleh kerja berkumpulan , boleh bekerja dengan tekanan , boleh handle situasi dalam keadaan mendesak , kalau ada rakan seperjuangan perlukan bantuan kita boleh tolong.
Jadi syarat syarat ini sudah pon di jadikan penanda aras untuk SPA menilai kalian dari ujian psikometrik.Andai kalian jawab jujur , tetapi tingkah laku kalian tidak menepati kehendak SPA , maka kalian di anggap tidak berjaya.
Bukan bermaksud kalian tidak layak , cuma kriteria SPA nak tak sama dengan sifat semulajadi kalian.
sama juga untuk gred DG41
Fathiah pernah jawab soalan Psikometrik (ukcg ) mereka panggil
Fathiah tak lepas
mungkin saat menjawab , Fathiah jujur , teliti ...(tak salah) tetapi tidak memenuhi kriteria nak menjadi seorang GURU.
next
" saya jawab jawapan sama dengan suami , kenapa suami lepas , saya tak?"
Dekat sini pihak SPA boleh tahu kalian tak jujur.
TIP KEDUA
jangan copy jawapan orang .
SPA dah kenal kalian melalui metafizik tarikh lahir kalian.
Individu yang gubal soalan ni bukan orang biasa biasa , mereka adalah individu yang pakar dalam bidang mereka.Takkan tak boleh nak trace sape copy sapa kan.
Macam mana nak tahu metafizik kalian?
untuk mengira metafizik atau nak tahu detail..
Fathiah bagi link blogger ni..kalian boleh kira sendiri ya..
Fathiah ada buku metafizik..jadi memudahkan Fathiah kenal orang sesekeliling fathiah dengan mudah.
Itulah juga yang pihak spa menilai kalian..
Cara kira metafizik ( MOHON TEKAN LINK NI UNTUK KIRA DULU, BARU KALIAN FAHAM)
KOD asas Fathiah ialah 1 .
KOD asas Abi Fateh ialah 9
katakan abi fateh tiru Fathiah ..sah sah jawapan Abi Fateh tak valid.
sebab karakter kitaorang berbeza.
jelaskan .
Kalau kalian lepas sekalipon untuk psikometrik , bila temuduga , kalian tak akan boleh menjadi diri orang lain melainkan diri kalian sendiri.'
Jadi mohon JUJUR ya ...
Last tip :
kOSONGKAN MINDA SEBELUM JAWAB PSIKOMETRIK.
Fathiah pernah jawab exam dalam keadaan banyak kerja...to be honest , kita tak jadi diri kita , tetapi kita jadi someone yang kita nak.
Sebelum terlupa
tip berguna yang di kongsi dari kaunselor ILKKM KK .
Jangan check jawapan dan ubah
YANG DI UBAH ITU BUKAN LAGI DIRI KITA
sekian :)
Kalau ada soalan , boleh direct chat dengan Fathiah..in shaa Allah Fathiah tolong ya .
good luck untuk yang ambik exam psee..
next episode
how to pass iv pulak :)
Comments
Post a Comment