TEMUDUGA J41 JPS
EPISODE 4 - TEMUDUGA JPS ( J41)
Selalunya JKR dulu yang temuduga , sebab JKR dulu yang exam psikometrik , ternyata tekaanku salah.Rupa-rupanya JPS dulu.
Maka ku siapkan semua mental dan fizikal.Rasanya solat
hajat waktu tu tak pernah tinggal.Mintak dengan Allah , permudahkan
semuanya.Risau , takut…maklumlah 5 tahun Fathiah tinggalkan kerjaya seorang
jurutera.Ada juga tanya Abi Fateh ( orang kuat JPS) , itu apa , ini apa..kekadang dia meeting online , satu rumah dengar .Cumanya malas nak ambil tahu.
Time tu dah siapkan soalan , rasa-rasa apa panel nak soal ni..ceewah bajet macam kita pulak panel..
lepas tu tanya abi Fateh , selalunya gred apa yang jadi panel
Husband kata gred 52 dan ke atas.
bulat mata Fathiah.Rasa macam seriouslah!!
Assume macam gred 44 je.hihihihi
Lepas tu , Abi Fateh pi tunjuk pulak nilah dia gred 52...tengok wajah mereka , Allahu ..nak jawab apa nanti weiii??
soalan yang boleh predict
awak ni last kerja 2017 , lepas tu tak kerja .Awak buat apa 5 tahun tak kerja?
Jangan risau ...jawapan padat dengan fakta dah di simpan rapi..(Bangga diri ) hahahahaha.
Petang tu belajarlah semua mengenai JPS .Sekarang senang , google je.
jangan lupa list nama pengarah , nama menteri , visi , misi ..sanggup hafal , takut sangat dia tanya.
Buku kopendium jps tu ku khatam 5 kali.Sampai boleh hafal semua benda .
Abi Fateh? Dia gelak gelak..Geram jugak sebenarnya..
Gelak lah..Saya dapat JPS baru ternganga.
Tanggal 15 februari
Fathiah tak boleh nak share tip sebelum attend iv sebab Fathiah hadir temuduga saat pandemik lagi.Jadi time ni dia paperless.Tak perlu bawa resume , tak perlu print , tak perlu pengesahan.
Sekarang PERLU.
apa yang sama cumalah , perlu upload my resume SPA.
yang ni wajib!!!!
Nanti key in no kad pengenalan dan boleh upload semua sijil sijil kita sebelum menghadiri temuduga.Jadi panel spa dan panel jps akan study resume kita melalui MY RESUME.
Baca emeil dari spa tu dengan jelas , apa yang dia mintak.Dekat situ ada QR code ,nanti sampai pusat temuduga dia akan scan senarai semak untuk kita.Just tick menandakan kita dah ada.
1. TIBA AWAL DI TEMPAT TEMUDUGA
Fathiah kalau ikutkan masa , pukul 9 pagi baru di panggil , asbab sampai putrajaya , Parcel F tu awal dalam 8.20 pagi , Fathiah terus naik ke tingkat 12 .
Tak sempat nak tegur orang( adoiii peramahkan ??)
kena panggil
bilik B 002
2. PILIH PEMAKAIAN MENGIKUT BIDANG TUGAS ANDA
Kalian boleh google mengenai pemakaian untuk temuduga penjawat awam.Boleh pakai baju kurung tapi jangan pakai dengan blazer ya.AWAS!!!
boleh pakai baju kebaya ..
boleh pakai blazer + blouse
tetapi Fathiah nak hadiri temuduga gred 41 ( profesional) jurutera..Mean that ??
Berseluar slack adalah pilihan Fathiah .
Buat sesuatu yang berbeza , rupa-rupanya pemarkahan juga di nilai ya oleh panel.Jangan nak pakai baju macam nak pergi kenduri.
BAJU KURUNG HARUSLAH WARNA WARNA PASTEL LEMBUT .Jangan lah pi pakai warna merah terang , warna oren , warna kuning terang...huhuhuh menyerlah sangat.
Kasut bertutup , warna hitam , ada lah tumit sikit ...lepas tu terus buka..hahahaha ( sakit betisku )
Tudung warna kosong tidak bercorak.Warna pastel ...
Fathiah pilih blazer labuh warna hitam. Seluar slack hitam .Kasut bertumit warna hitam.Tudung pink belacan kosong.Ber name tag.( Nak pakai boleh , tak nak pakai pon tak pa) Fathiah dah memang tempah awal 2021.Entahlah , time tu mungkin naluri dapat rasa nak guna tu yang pergi tempah.
Kalau pakai ..nampak kita macam dah well prepared untuk temuduga ni.
belakang tu parcel F Putrajaya .Snap gambar sebelum attend interview.Datang awal kan , jadi sempatlah jadi model.Tukang ambil gambar , semestinya my supportive husband , Abi Fateh.Dia ambik cuti sempena meraikan wife dia temuduga JPS.
Fathiah pakai beg sandang je masuk bilik panel tu.Lagipon Fathiah mana ada handbag..Ada yang suruh pakai handbag..Oh dalam hidup Fathiah , Fathiah tak pernah pakai handbag.
Beg hijau tulah yang di kendung masuk bilik panel..
3. CARA SUSUN FAIL TEMUDUGA
boleh semak dalam emeil yang kalian dapat.Susun ikut no yang dia listkan...
Mengenai sijil, letaklah sebanyak mana sijil yang melayakkan kalian untuk jawatan tersebut.Sebolehnya susun sijil tu dari peringkat universiti ( degree + diploma) , sekolah ( kebangsaan , negeri , daerah dan sekolah)
Kalau sijil tu hebat macam sijil sijil kepimpinan , tokoh kepimpinan , letak dia paling depan untuk pengsijilan.Mana tahu kalian ada Majlis Perwakilan Pelajar ke time universiti.Fathiah rakyat marhein je ....hihihihihi
Pastikan semua ORIGINAL , Bukan photostat ya..Lagi satu , kena sama dalam my resume yang kalian upload tu.Jangan my resume cakap peringkat kebangsaan , sekali sijil peringkat negeri. Tu salah dari segi akta ya..
Ni wajah depan fail. Print n liminate. Buat sedikit kerja untuk nampak kita betul betul berminat nak kerjaya ni.
Dalam pun gigih pi letak lagi ..Asbab abi Fateh pi print gambar depan gelap , yang ni cerah.Nak jugakkan ..hahahahaha
Setiap helaian ada partition .. yang ni ada SPA tak bagi letak , ada yang ok je.Depend pada tempat kalian temuduga .Kalau Putrajaya dia tak buang pon.Ni kerja keras kita kan..Abi Fateh siap tampal colouring tepi tu.Katanya senang panel nak selak selak helaian.Hakikatnya , sijil tebal sangat , tu yang kena buat..
OK , mengenai resume ..
Kalian print satu helaian resume letak di helaian pertama fail.INI juga ada markah.
Fathiah tak buat sebab SPA nak paperless , nak kurangkan risiko penyebaran covid .Jadi dia sebolehnya fail tu pon suruh sanitize .
Jadi ada 3 step yang kena ikut.WAJIB ikut ya..
Macam Fathiah cakap awal cerita tadi , Fathiah tak sempat duduk no dah naik.Maka tak delah gambar di dalam tempat temuduga.Kalau teemuduga JKR , in shaa Allah Fathiah upload ya.
Jadi bila no dah kena panggil , tarik nafas dalam dalam.
Fathiah tak boleh nak share cara nak hilangkan gementar , sebab Fathiah sikit pon tak gementar..Malah excited nak bagi lepas.
Sebelum nak masuk bilik tu , tanyalah apa jawatan panel kita di dalam ya.
Yang iv Fathiah bukan calang calang orang.Fathiah menyantuni mereka berdua.
TIP SEWAKTU TEMUDUGA
1.Ketuk pintu sebelum masuk , bagi salam.
2.Jangan duduk kalau dia tak suruh.
3. senyum meskipon time ni kena pakai face shield dan face mask.
Dalam bilik temuduga ada 2 orang panel , iaitu panel dari wakil SPA dan panel dari wakil jabatan iaitu JPS .
PANEL JPS YANG IV FATHIAH IALAH IR DR
Masuk duduk , panel spa suruh pilih nak buka facemask atau face shield.Fathiah buka face shield.
4. EYE CONTACT , DENGAR DENGAN JELAS .
panel spa : dalam masa 3 minit perkenalkan diri.
Jadi Fathiah pon ceritalah kisah perjalanan hidup Fathiah .Dah terbiasa bercerita dengan Fateh , jadi dah tahu cara nak buat orang tertarik dengan kita.
Panel jps : kenapa puan Fathiah berminat nak masuk jps?
soalan ni common .Kalian dah boleh susun ayat awal tak awal lagi.Fathiah bangkitlah isu air kelantan.
Intipati jawapan adalah rahsia.
jadi di sinilah , kenyataan kita harus strong dengan fakta .Jangan jawab macam ...saya suka jps kerana..
1. saya suka air
2. saya nak perangi banjir
5. JAWAB SOALAN DENGAN CARA BERFIKIR DI LUAR KOTAK.BEELAJAR MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU TINGGI ATAU BAHASA ENGLISH YANG BOMBASTIC.
adududu this is not the way engineer bercakap.Kait masalah dalam kaedah penyelesaian.
Waktu terang panel spa macam seronok nak tanya soalan..kita raikan dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Jadi berlakulah perbincangan 3 hala.Maka temuduga yang orang kata , saya soal awak jawab dah bertukar menjadi sesi perbincangan.
6. TARIK PERHATIAN SEMUA PANEL DENGAN TEKNIK JAWAPAN KITA.
INI ADALAH CARA untuk kita tarik panel agar mereka berminat dengan kita.
panel jps : Puan Fathiah dah lama tak bekerja bukan.Dalam 5 tahun.Apa yang Puan Fathiah buat dalam masa 5 tahun ?
7. POLITE DAN JUJUR ( JANGAN CAKAP UP UP)
soalan ni Fathiah dah spot.Jadi kita beritahu jujur je....
Panel jps : Bila awak bekerja , siapa yang akan jaga anak.?
yang ini pon jawapan Fathiah dah tulis dalam episode sebelum ni.Fathiah dah simpan jawapan siap untuk setiap permasalahan untuk diri kita.
8. Jenis soalan macam ni , kalau boleh beritahu kelemahan yang tidak related skop kerja kita.
panel spa : puan Fathiah ni banyak sijil yang hebat-hebat , boleh saya tahu apa kelemahan puan Fathiah...
1 jam 15 minit berlalu pantas..
Di mana soalan teknikal?
Fathiah awal tak awal dah terang mengenai konpedium jps.Kalian boleh google , dia macam satu buku mengenai JPS .Jadi bila kita bercerita soal JPS dengan detail bermaksud kita betul betul study.
9.AKAN ADA SESI PANEL TANYA , NAK TANYA APA-APA LAGI?
BAGI SOALAN..JANGAN CAKAP TAK DE
SIMPAN SIAP -SIAP SOALAN TU
10. UCAP TERIMA KASIH .TUNDUK .SEMOGA KITA BERJUMPA UNTUK SALING BEKERJASAMA KELAK.
maka tamat sudah sesi temuduga JPS Fathiah.
INGAT PERSIAPAN MENTAL DAN FIZIKAL SANGAT PENTING
RELAK DAN TENANG
ZIKIR
DOA AGAR DI PERMUDAHKAN URUSAN
tip yang paling penting ya
BERITAHU PARENT YANG KITA NAK HADIRI TEMUDUGA
MINTAK MAK / AYAH DOAKAN KITA..
kekuatan mereka , doa mereka itulah asbab Allah permudahkan urusan kalian.
jika kalian jenis yang gugup , boleh buat mock interview dulu.Berlakon atau berlatih dahulu.
sebolehnya jangan hafal text.Sebab panel , macam macam jenis.Nanti Fathiah cerita soal JKR pula.Pengalaman dengan JKR takkan ku lupa selamanya.
keluar dengan senyuman.
Alhamdulillah tamat satu sesi temuduga
ada dua iaitu JKR DAN KKM
Maka kena study untuk JKR pula :)
next Fathiah akan share pengalaman Fathiah temuduga untuk JKR pula .
Masak tumis kangkung seikat,
ReplyDeleteGuali kari biarlah pekat;
Jika terpilih untuk berkhidmat,
Sepenuh hati perahlah kudrat.
in shaa Allah..saya dah pon setahun berkhidmat dalam gov. semoga saya kekal beristiqamah berbakti untuk rakyat.terima kasih ..
DeleteSalam puan.. Kalau puan x keberatan puan boleh x share job scope jurutera mekanikal di JPS..
Delete