Posts

PENGALAMAN TEMUDUGA JKR J 41

Image
   Pengalaman Interview Gred J41 JKR/KKR Selepas setahun lebih barulah sempat untuk Fathiah siapkan blog untuk IV JKR tempoh hari.Mohon maaf, asbab kekangan kerja .Hujung tahun ni barulah sempat nak meluahkan idea dan ingat semua pengalaman interview JKR yang lepas .   Kalau dulu interview JPS J41 dengan dua orang panel , untuk JKR pon masih 2 orang . 1 panel spa dan 1 panel jkr.Panel SPA interview Fathiah   ,   YBrs. Dr. Mohamad Zainuddi bin Mat Taib.Panel JKR Fathiah tak ingat yang pasti gred dia J48. ( Nama dah terluperrrrr) hehehehhe   Selepas mendaftar , Fathiah naik level 12 kalau tak silap ( bangunan SPA yang baru di Putrajaya) Parcel F .Ternyata dah ramai calon yang sedang menunggu. Waktu yang ada Fathiah manfaatkan dengan mengkaji lebih detail nota-nota kecil yang Fathiah buat sebelum persiapan interview.   Jika diikutkan waktu untuk interview dalam pukul 10.30 pagi , tetapi Fathiah di panggil pada pukul 11.15 pagi. Agak lama jug...

TEMUDUGA J41 JPS

Image
 EPISODE 4 - TEMUDUGA JPS ( J41) Selalunya JKR dulu yang temuduga , sebab JKR dulu yang exam psikometrik , ternyata tekaanku salah.Rupa-rupanya JPS dulu.  Maka ku siapkan semua mental dan fizikal.Rasanya solat hajat waktu tu tak pernah tinggal.Mintak dengan Allah , permudahkan semuanya.Risau , takut…maklumlah 5 tahun Fathiah tinggalkan kerjaya seorang jurutera.Ada juga tanya Abi Fateh ( orang kuat JPS) , itu apa , ini apa..kekadang dia meeting online , satu rumah dengar .Cumanya malas nak ambil tahu. Time tu dah siapkan soalan , rasa-rasa apa panel nak soal ni..ceewah bajet macam kita pulak panel.. lepas tu tanya abi Fateh , selalunya gred apa yang jadi panel Husband kata gred 52 dan ke atas. bulat mata Fathiah.Rasa macam seriouslah!! Assume macam gred 44 je.hihihihi Lepas tu , Abi Fateh pi tunjuk pulak nilah dia gred 52...tengok wajah mereka , Allahu ..nak jawab apa nanti weiii?? soalan yang boleh predict awak ni last kerja 2017 , lepas tu tak kerja .Awak buat apa 5 tahun t...

TIP UNTUK BERJAYA PSIKOMETRIK EXAM SPA

  EPISODE 3  Entry kali ni ramai yang tunggu kan macam mana nak pass exam psikometrik. 3 kali Fathiah attend exam ni , ke tiga tiga exam , Fathiah berjaya. Yakni exam JKR , JPS dan KKM Baiklah ...kita suai kenal dulu dengan nama PSIKOMETRIK . Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan  (job-fit) , organisasi  (organization-fit)  serta sifat kerja berpasukan  (team-fit) . Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri  (self-report)  iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya. Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kend...

Dari suri rumah ke penjawat awam (Episode 2)

Image
  EPISODE 2 ( Ada Bahagia dalam kedukaan)   Hujung tahun 2021 dalam bulan 11 , sekali lagi email yang mengejutkan masuk…   Yakni email spa untuk jawatan J41 JKR. SPEECHLESS.. BLANK.. BERMIMPIKAH DIRIKU INI.. layanlah lagu aina abdul tu..ha ........lirik dia memang kena .   Sebab tak pernah nak berangan pon akan dapat untuk gred 41 ni.My husband pon dari JA 29 ke j41. Ni fathiah yang kerja setahun je, lepas tu 5 tahun duduk rumah , buat part time , orang nak suruh attend gred 41. Abi fateh cakap , Allah bukan gagalkan awak untuk gred 29 untuk saja saja , sebab awak layak gred 41 dia bagi yang lebih terbaik buat awak. Sekarang , doa awak , Allah dah makbulkan.Maka its time to fight sehabis mungkin.Apa yang penting , yakin dengan DIA. Jangan pernah sedikit pon lupa Allah. senyum :)  Baiklah , Fathiah terangkan serba sedikit mengenai ujian psikometrik.Ujian ini dia akan menilai diri anda .Tidak ada yang salah dan tidak ada yang betul. Tip nak...