EPISODE 2
( Ada Bahagia dalam kedukaan)
Hujung tahun 2021 dalam bulan 11 , sekali lagi email
yang mengejutkan masuk…
Yakni email spa untuk jawatan J41 JKR.
SPEECHLESS..
BLANK..
BERMIMPIKAH DIRIKU INI..
layanlah lagu aina abdul tu..ha ........lirik dia memang kena .
Sebab tak pernah nak berangan pon akan dapat untuk
gred 41 ni.My husband pon dari JA 29 ke j41.
Ni fathiah yang kerja setahun je, lepas tu 5 tahun
duduk rumah , buat part time , orang nak suruh attend gred 41.
Abi fateh cakap , Allah bukan gagalkan awak untuk gred
29 untuk saja saja , sebab awak layak gred 41 dia bagi yang lebih terbaik buat
awak.
Sekarang , doa awak , Allah dah makbulkan.Maka its time to fight sehabis mungkin.Apa yang penting , yakin dengan DIA.
Jangan pernah sedikit pon lupa Allah.
senyum :)
Baiklah , Fathiah terangkan serba sedikit mengenai ujian psikometrik.Ujian ini dia akan menilai diri anda .Tidak ada yang salah dan tidak ada yang betul.
Tip nak jawab soalan ni kena jujur.
Soalan ni ada 199 soalan dan harus di jawab selama 1 jam 30 minit.Masa dia , bila bila masa.
Jadi untuk J41 soalan semua psikometrik..
Asbab tak nak buat kesilapan lama DG41 .Kali ni , Fathiah tak buat latihan.Sebab nak bagi otak ni fresh .
Sebelum nak attend exam ni , Fathiah mintak husband nak balik kampung.
Fathiah nak ambik udara segar, waktu yang sama , nak import mummy n abah jaga sekejap fateh time nak exam.
Fathiah tak nak sia siakan peluang dan ruang yang ada.
My husband memang always ada di belakang, support wife dia sepenuhnya.
Waktu jawab soalan ni boleh di katakan soalan ini sukar dan sedikit mengelirukan ( nanti episode 3 , Fathiah akan terang detail apa itu psikometrik test).
Ada part , husband macam tak setuju jawapan Fathiah , tapi Fathiah cakap , ini adalah diri saya.Saya kenal diri saya melalui cerminan awak.
Husband pon cakap ok.Proceed dan hantar.
Butang hantar di tekan..tarik nafas dalam dalam..
in shaa Allah !!
Habis jawab jkr , terus gatai tangan nak masuk spa9i.Suka sangat check status semasa , sekali tengok , JPS dah lepas tapisan pertama.Tunggu masa nak exam je...Allahuakbar..
waktu tu rasa seolah-olah dunia ni penuh dengan pelangi.Biarlah tak attend lagi exam psikometrik , tapi sebab betul betul nak JPS ni , tak kisah dah.
Kunci dia hanyalah DOA.
MINTAK DENGAN ALLAH.MINTAK APA KITA NAK..mintak yang baik baik.Lepas tu mintak ibu kita doa kita..Doa agar kita berjaya.
Mintak anak kita doakan kita..mintak suami kita doakan kita..
mintak kawan - kawan doa kan kita.
di antara doa mereka akan ada doa yang Allah angkat terus naik ke langit ..asbab kita berjaya .
sebab itu kalau nak berjaya , kena ada sokongan bawahan yang push kita ke depan.
ok habis tazkirah sekejap..hihihih
back to my story
30/11/2021 ..time ni mummy kena covid. Jadi nak tak nak , kena jawab bersama -sama Fateh.Ok lah Fateh , ummi redha..Selamat husband ambik cuti , handle Fateh sekejap.
Pada awalnya sedikit stress , yelah kita betul betul nak kan.Tapi , tak boleh nak fokus.Saat itu tetiba hati terdetik ,rezeki ni HAQ Allah Fathiah , kalau kita betul betul usaha , kalau bukan rezeki kita Allah tak bagi.
Maafkan ummi Fateh..hug you..
selebihnya Allah sebaik baik perancangan.
Umum untuk tahu , macam mana nak tahu bila result exam spa di umumkan?Selalunya 2 minggu selepas tarikh kita jawab exam.Jaranglah lambat , sebab ni system kan. Dia key in dan kira sendiri.
Baiklah , lepas je jawab JPS , esok tu result JKR keluar...
awal pagi pukul 9.05 pagi dapat emeil.
waktu tu , memang tak nak buka...Bayangkan 3 exam dukacita.
ni paper yang ke 4 .JPS yang ke 5.
Nak buka ke tak nak..nak ke tak nak..nak ke tak nak...
Yes!! Fathiah buka..Buka dengan airmata mengalir laju , deras ..sujud syukur...Allahurabbi ...
Buat sekian lama , ucapan TAHNIAH ni macam mengubat luka di hati Fathiah.
Maksudnya??
Fathiah dah boleh attend iv goverment ..Last step to achieve!!!
seakan bermimpi..mimpi seorang suri rumah. 5 tahun tak bekerja.Jaga anak , fokus rumah tangga.Sikit pon tak terfikir , dalam masa beberapa bulan je , Fathiah dah dapat buktikan diri Fathiah bukan seorang yang lemah.
Malam tu , Abi Fateh paling excited , terus ajak pergi aeon nilai , cari baju blouse , coat , kasut untuk attend iv.Walhal time tu Fathiah tak dapat lagi tarikh iv.
Fateh yang tak faham apa apa tu teruja juga.Tengok wajah anak, Fateh ummi tak sedia nak kerja lagi sayang..
Ummi sayang kamu ...
:'( .Ummi tak kuat untuk tinggal kamu seharian , balik bila malam..
Tiba -tiba hati kecil Fathiah berkata
Yakinlah dengan Allah sebagaimana kau yakin dengan aturan DIA.Yang menjaga kita Allah , Maka sandarlah sepenuhnya perancangan ini HANYA untuk DIA.
Alhamdulillah soal Fateh , Allah permudahkan.Tok mi n tok abah willing nak jaga Fateh sekejap sementara Fathiah posting mana mana nanti.Lepas tu Fathiah akan cari tadika nearby office n taska sama.
uishhh jauhkan rancang.Walhal iv pon tak attend lagi..
heheheheheh
maaflah , itulah fathiah .Kuat bermimpi ..tak salah bermimpi tu kan..
Malam tu rasa gelisah.Sebabnya esok result JPS pulak keluar..
Tak kisah dapat ke atau tidak..JKR dah kena get ready..
JPS ?????
9.03 pagi
satu emeil masuk dari spa
pejam mata buka kecik je..
Ini yang Fathiah mintak dalam doa sejak universiti lagi.JPS...
Macam mana nak masuk JPS?
Allah tunjuk melalui husband.Yap..husband dulu dapat JPS.Sejujurnya Fathiah sangat cemburu. Bestnye...
Tapi Fathiah masih tak nampak jalan nak masuk sini. Maka , Fathiah mintak dengan Allah.Ya Allah tunjukkan cara nak masuk JPS .
JPS ni susah dia , dia tak de lantikan kontrak untuk gred 41 .Lantikan dia terhad.Boleh nak apply melalui negeri tapi kekosongan tak banyak sebab kekosongan ni di isi melalui lantikan SPA. Untuk tahun 2022 kekosongan cuma 32 orang j41 dan 10 simpanan .
ok done penerangan.
Alhamdulillah…sujud syukur…
Allahu rabbi ….
Air mata tak semena keluar..indah bukan aturan Allah.Dia
nak bagi selayaknya buat kita..
Maka 2 iv dalam masa terdekat.
Waktu ni terus ajak suami jalan. Balik kampung , nak
rehatkan otak sebelum nak study untuk temuduga pulak.
Jumpa abah , jumpa mummy adalah terapi semulajadi buat
ummi fateh. Tahun 2022 , tahun indah buat Fathiah .
Lepas tu , sebelum nak tunggu Tarikh iv , dapat lagi 1
exam untuk KP29 . Time buat ni ya Allah senangnya soalan math dia..10 soalan .
25 minit. Yakin boleh jawab.Tapi keputusan dukacita.
Saja buat failed.. Tak boleh nak grab semua benda.Karang ada yang tercicir.
ok next episode
"macam mana nak lepas psikometrik exam?"
terima kasih untuk sape sape yang sudi membaca.
Comments
Post a Comment